Wednesday, November 30, 2011

kari sardin

ermmm...harinih nak buat la..kalo jumpe santan!!
sini ssh nak cari fresh santan..yg santan dlm kotak tak best

walhal laki aku jual santan..apakah??

okeh resepi kari sardin...
tak penah buat..tp mcm sedap jeeeeeee

Resepi Kari Sardin

1 tin besar sardin
3 -4 biji bawang merah @ 1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) – dihiris
2 ulas bawang putih ( dihiris )
3/4 inci halia ( di hiris )
1 sudu makan jus limau kasturi
1/2 cawan santan
1 cawan air ( atau lebih )
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
sedikit daun kari
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris dan daun kari dengan sedikit minyak masak hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili yang telah di bancuh dengan sedikit air terlebih dahulu, kacau rata.
3. Masukkan air, susu cair, jus limau kasturi, dan sardin. Kacau seketika dan masak hingga kuah tadi agak pekat sesuai dengan citarasa masing2.
4. Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.



nyummmm

No comments:

Post a Comment